Saturday, March 7, 2009

Flaming Steamboat - Sunway

Suka makan Steamboat ? Saya cadangkan pada anda semua untuk cuba di Flaming Steamboat berhampiran dengan Sunway Pyramid. Di sini ia menggunakan konsep "Eat all u can" dengan harga 17.50 untuk dewasa, RM 8.50 untuk kanak - kanak yang berusia 10 tahun kebawah dan FREE untuk kanak - kanak yang berusia 4 tahun kebawah.

Antara bahan - bahan yang disediakan ialah sea food, yong tau foo, pelbagai jenis mee dan sebagainya. Jika belum mencukupi Flaming Steamboat juga menyediakan makanan bergoreng seperti mee & nasi goreng, ayam goreng dan banyak lagi... Oooo untuk dessert pula anda boleh ambil seberapa banyak ais krim, abc, dan cendol yang telah di sediakan.

No comments:

Post a Comment