Bahan-bahan
300 g dada ayam, tanpa kulit
8 g cili kering, dipotong menyerong dengan panjang 2 sm
25 g (5 sudu teh) minyak sayuran
30 g kacang gajus, dibakar tanpa minyak
100 g sengkuang cina segar (dalam tin), dipotong dadu
daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan
Bahan-bahan (A)
10 g (2 sudu teh) kicap cair
40 ml (2 sudu makan) air
10 g (2 sudu teh) tepung jagung
Bahan-bahan (B)
10 g (2 sudu teh) kicap cair
10 g (2 sudu teh) gula
2.5 g (1/2 sudu teh) minyak bijan
5 g (1 sudu teh) sos Lea & Perrin
40 ml (2 sudu makan) air
5 g (1 sudu teh) tepung jagung
Cara memasak
-
Gunakan bahagian tumpul pisau pembelah, tumbuk ayam dengan ringan dan hiriskan.
-
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan (A) dan perap selama 20 minit.
-
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, tumis cili kering dengan kepanasan sederhana selama 30 saat. Masukkan ayam dan sengkuang cina dan tumis sehingga ianya bertukar warna.
-
Masukkan bahan-bahan (B) dan tumis sehingga semua bahan-bahan sebati dan kuahnya pekat mengikut kesukaan.
- Akhir sekali, masukkan kacang gajus, hias dengan daun bawang dan daun ketumbar. Hidang dengan nasi.
No comments:
Post a Comment