Saturday, March 7, 2009

Café and Restaurant 24 (CaR 24)

Lokasi: 149, Jalan 8/1 Seksyen 8, , Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Tel: 03-89222004

Suatu keistimewaan dengan restoran ini adalah konsep Melayu Nusantara terbuka. Konsepnya begitu menarik, dimana tempat duduknya dan juga dapurnya dibiarkan terbuka. Kalau anda mahu, anda boleh bersembang-sembang dengan chefnya! Disini terdapat pelbagai jenis makanan, dari masakan cina, melayu, dan western. Segala makanan disini adalah halal. Apa kata anda cuba Dim Sum di sini. Bagi anda yang tidak pernah merasai dim sum, bolehlah mencuba-cuba daripada 34 jenis Dim Sum, biarpun yang distim mahupun digoreng. Kalau ingin tahu apakah bahan-bahan di dalam setiap Dim Sum, bolehlah merujuk kepada menu yang disediakan. Hidangan yang paling laris dan istimewa di sini adalah Mee Udang 24. Selain daripada itu, cuba juga Nasi Lemak Ayam Kampung, Chicken Chop. Anda juga boleh memilih dari pelbagai jenis set makanan. Servis di sini amatlah profesional dan ramah. Boleh dikatakan servis disini setanding dengan servis di hotelhotel. Apa ditunggu lagi...

Café and Restaurant 24 (CaR 24)

No comments:

Post a Comment