Saturday, March 21, 2009

Tamarind Hill - Candle light - bday celebration - any occassions

Information






Tamarind Hill
No.1, Jalan Kerja Air Lama, 68000, Ampang, Selangor.

Dinner Reservations :

Tel : 603 4256 9100
Fax : 603 4256 2110
Email : info@tamarindrestaurants.com
Website : www.tamarindrestaurants.com
Opening Hours

Business Hours : 12noon to 12a.m (Closed on Tuesdays)
Kitchen Hours : 12noon to 2.30pm, 6.00pm to 10.30pm
Card Accepted AMEX, VISA, MASTERCARD, JCB
Seating Capacity
Indoors : 100 pax Garden : 150 pax
Price Guide

Approx RM180 for two, with 3 dishes, dessert and a round of drinks
Direction Click here>> to find our location

About Tamarind Hill

For a destination that is unique, a setting that is stunning, a menu that is exotic and an evening that promises to be unforgettable, you’ve found Tamarind Hill.

Situated minutes from the city centre its secluded location offers a private setting ideal for corporate dinners. There is a free pick-up and drop-off service from all major city hotels in the city.

Architecture from Kuala Lumpur’s past forms the backbone of this beautiful renovated and refurbished 1920’s planter’s bungalow sited on a hilltop. Lush tropical flora secretes local wildlife which are seldom seen but always heard. The soothing and romantic ambience is enhanced by oil lamps and the lanai setting in the garden offers a casual and relaxed atmosphere under a jungle canopy. The private lanai can accommodate for groups of 30 to 80 diners.

The menu features authentic Thai cuisine that combines good taste with culinary adventurousness. Authentic regional recipes and fresh ingredients are the hallmarks of this outlet.

Award winning chefs excel in creating harmonious blends of spicy, subtle, sweet and sour that is equally satisfying to all the senses. The senses are heightened by the introduction of an art gallery in the premises with vibrant artworks on the wall.

Apart from the innovative a la carte lunch and dinner menu, diners can also opt for the set lunch specials. The setting is also ideal for private parties, weddings and corporate dinners. A ‘Dine By Design’ service is specially created for themed events.

As for pre-dinner or after-dinner drinks and to accompany a meal, there is a range of premium wines and champagnes. F
or corporate dinners, launches, social gatherings and parties of all nature, Tamarind's very own in-house Apsara Dancers are available. Performers take form as usherettes, statuettes or flower maids.

Bearing testimony to its authenticity, Tamarind Hill was voted Malaysia’s ‘Best Asian Restaurant’ 2003-2004 at the Hospitality Asia Platinum Awards. In addition, it was voted 'Best Restaurant' 2001, 2002, 2003 by Tatler and 2002 by Wine & Dine.

Saturday, March 7, 2009

Flaming Steamboat - Sunway

Suka makan Steamboat ? Saya cadangkan pada anda semua untuk cuba di Flaming Steamboat berhampiran dengan Sunway Pyramid. Di sini ia menggunakan konsep "Eat all u can" dengan harga 17.50 untuk dewasa, RM 8.50 untuk kanak - kanak yang berusia 10 tahun kebawah dan FREE untuk kanak - kanak yang berusia 4 tahun kebawah.

Antara bahan - bahan yang disediakan ialah sea food, yong tau foo, pelbagai jenis mee dan sebagainya. Jika belum mencukupi Flaming Steamboat juga menyediakan makanan bergoreng seperti mee & nasi goreng, ayam goreng dan banyak lagi... Oooo untuk dessert pula anda boleh ambil seberapa banyak ais krim, abc, dan cendol yang telah di sediakan.

Restaurant Bunga Raya

Bertempat di TTDI Jaya Shah Alam, Restourant Bunga Raya menyediakan masakan ala thai dan juga western. Disini pelbagai masakan boleh didapati antaranya mee celup, pulut mangga atau dikenali juga dengan nama pulut paoh', nasi goreng jasmine dan jika nak cuba kelainan boleh try nasi goreng daging merah yang bewarna PINK ! huhuhuhuuu

Mee Celup

Pulut Mangga adalah menu pencuci mulut yang mesti anda order! apa bestnya? aku pun tak tau .. hehehe anda kena pegi dan cuba tetapi jika anda suka pulut durian, pulut mangga ni lebih best! kerana kombinasi mangga yang masam manis & pulut yang di campur dengan sedikit santan menjadikan ia lebih lemak berkrim.

Untuk menu seterusnya anda di cadangkan untuk memesan mee celup thai. Ia kelihatan menarik kerana dihidangkan didalam kuali dan rasanya agak masam & manis tetapi dengan campuran bebola daging, fishball dan sambal lada ia mampu membangkitkan selera!

Café and Restaurant 24 (CaR 24)

Lokasi: 149, Jalan 8/1 Seksyen 8, , Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Tel: 03-89222004

Suatu keistimewaan dengan restoran ini adalah konsep Melayu Nusantara terbuka. Konsepnya begitu menarik, dimana tempat duduknya dan juga dapurnya dibiarkan terbuka. Kalau anda mahu, anda boleh bersembang-sembang dengan chefnya! Disini terdapat pelbagai jenis makanan, dari masakan cina, melayu, dan western. Segala makanan disini adalah halal. Apa kata anda cuba Dim Sum di sini. Bagi anda yang tidak pernah merasai dim sum, bolehlah mencuba-cuba daripada 34 jenis Dim Sum, biarpun yang distim mahupun digoreng. Kalau ingin tahu apakah bahan-bahan di dalam setiap Dim Sum, bolehlah merujuk kepada menu yang disediakan. Hidangan yang paling laris dan istimewa di sini adalah Mee Udang 24. Selain daripada itu, cuba juga Nasi Lemak Ayam Kampung, Chicken Chop. Anda juga boleh memilih dari pelbagai jenis set makanan. Servis di sini amatlah profesional dan ramah. Boleh dikatakan servis disini setanding dengan servis di hotelhotel. Apa ditunggu lagi...

Café and Restaurant 24 (CaR 24)

MARTABAK LAPIS

Ingredients :
400 g minced meat
3 tablespoons curry powder
300 g onion ~ diced
100 ml cooking oil
250 ml water
45 pieces cream crackers
4 eggs ~ beaten
4 tablespoons margarine
salt to taste
To be blended together :
3 cloves garlic
3 shallots
2 cm ginger
To be mixed :
300 ml fresh milk
400 ml coconut milk
To be blended chopped :
6 fresh red chillies
6 spring onions

Method :
1. Heat oil and fry the blended ingredients and curry powder till fragrant.
2. Add in minced meat and stir for about 3 minutes. Add in water and stir till water dried up.
3. Put in diced onion and cook till onion turns translucent. Add salt and stir. Remove from heat and set aside.
4. Boil the mixed ingredients (milk and coconut milk) and add salt. Remove from heat. (I just use fresh milk)
5. Grease a square 25 cm tin with margarine.
6. Dip a few cream crackers into the boiled milk and allow to soften slightly. Arrange the soaked crackers onto the base of the baking tin to cover it.
7. Spread the minced filling on top, followed by spring onion, chillie and egg. Repeat step 6 and 7 till all the crackers and filling are used. You should get about 5 layers.
8. Pour the balance milk onto the martabak. Place a few dollop of margarine on top.
9. Bake in a preheated oven at 180 C for 50 minutes or till done.
10. Leave to cool before cutting.









Kueh Nagasari

Bahan:
1 packet (100g) tepung Hong Kwe
1/2 cawan gula
1 tin santan
1 tin air
sedikit pewarna merah

Hirisan pisang
Daun pisang yang telah dilayukan. Dipotong mengikut ukuran 6" x 5"

Cara:
1. Didalam sebuah periuk, masukkan santan bersama air dan tepung hong kwe. Masukkan gula dan kacau hingga sedikit pekat. Matikan api dan biarkan sejuk sebentar.
2. Letakkan hirisan pisang diatas daun, kemudian lipat satu bahagian bawah dan tuangkan sedikit adunan yang telah dimasak tadi. Lipat dan kemaskan bahagian atas pula.
3. Susun di atas loyang dan kukus selama lebih kurang 10minit.

TALAM KELADI BERLAUK

Bahan A
2 cawan tepung beras
2 s/b tepung ubi
2 s/b tepung gandum
6 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Bahan B
2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
2 s/b udang kering
4 tangkai cili merah [cincang]
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup ] racik
2 s/b bawang goreng

Bahan C [hiasan]
cili merah [cincang]
bawang goreng
daun sup dan daun bawang [racik]

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.

Sagu Kelapa

Bahan-Bahan:
300 gm biji sagu
¼ biji kelapa
½ cawan gula pasir garam
3 gelas air
perasa pandan atau air pandan

Cara:
Sagu dibersih dan dituskan. Masak gula dengan air sehingga hancur.

Kemudian masukkan sagu, perasa pandan. Kacau hingga kembang. Setelah masak,

angkat dan tuang ke dalam loyang. Sejukkan. Potong sagu yang telah sejuk dan gaul dengan kelapa parut. Sedia untuk dihidangkan.

Look Out Point @ Kompleks Pelancongan Menara Tinjau, Jalan Ampang-Hulu Langat, Ampang, Selangor

Lokasi:-

1.Exit the MRR2 at Pandan Indah Interchange.
2.Go straight until the T-Junction. Esso will be on your left. Turn right at the traffic light.
3.Take a left at the next traffic light
4.Take another left at the traffic light beside Puteri Plaza.
5.Turn right at the traffic light junction to Ulu Langat/Kajang. (Please take note on this, you might missed this.)
6.From this traffic light the road is winding for about 3 km.
7.Look out for the sign board “Menara Tinjau”.
8.Will come across a food court on the right with carpark. Turn in and drive up the hill to the LookOut Point Restaurant

Foods & Drinks:-

Ice Chocolate [RM4.50), Teh Dangdut. Daniel’s drink(RM3.00), Black Pepper Lamb. [RM12.80),
Sizzling New Zealand Beef Special [RM15.80] ,
Sizzling BBQ Chicken [RM15.80], Sirloin Steak [RM15.80)
Special Sizzling Steak [RM12.80]
Chocolate Ice Blended (RM5.80), Lime Juice (RM3.80), Mushroom Soup (RM4.30), Special Chicken Chop (RM 12.80), Special Lamb Chop (RM 14.30), Curry Beef served with rice (RM 8.30), Chicken Maryland (RM 12.80), Grilled Fish (RM 10.90), B&O Flava Layers (RM 9.50)

SoupChicken chopchicken chopThe black currant blendKL night viewThe SignageRestaurant Look Out Pointight scene of whole Kuala LumpurChocolate Ice BlendedMushroom SoupSpecial Chicken ChopCurry Beef served with rice

Ayam Goreng Ranggup

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
3 biji telur (dipukul)
1 cawan beras (ditumbuk halus)
Sedikit garam

Bahan digiling halus:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar

Cara:
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah digiling, perapkan selama 1/2 jam.

Celupkan ke dalam telur, kemudian digolekkan ke atas beras yang telah ditumbuk halus.

Panaskan minyak dan gorenglah hingga masak

BUTTER PRAWNS

1/2 kg udang di perap 15 minit dengan 1 biji kuning telur dan 1 sudu besar tepung beras.
3 biji bawang putih dicincang,
6 biji cili padi dititik,
4 tangkai daun kari,
3 biji telur, (Kak rossya guna telur putih)
3 sudu besar susu dan
2 sudu besar majerin.

Goreng udang dahulu dan ketepikan. Gaul kuning telur & susu.

Pijarkan majerin dan masukkan campuran telur dan susu secara perlahan-lahan.

Tumis atas api kecik dan kacau2 supaya campuran jadi butiran yang halus.

Masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, udang ,sedikit gula dan garam. Tumis atas api besar hingga rata.

Bubur Lambuk Kg. Baru

Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air

bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintah putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam

bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng

Cara:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan

Sambal Tumis Udang dan Petai


Bahan-bahan
100 g isi petai
300 g udang basah, tanpa kepala
40 g (1 sudu makan) cili giling
100 g (10 ulas) bawang merah digiling
20 g (2 ulas) bawang putih

30 g (1 batang) serai, diketuk
25 g (1 sudu makan) asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air untuk membuat asam jus
25 g (1 sudu makan) gula merah
25 g (1 sudu makan) minyak sayuran
250 ml (1 cawan) air
garam secukup rasa

Cara memasak

  1. Udang dibersihkan kemudian ditoskan.

  2. Masukkan minyak dalam periuk dan tumiskan cili dan bahan-bahan giling. Setelah garing, masukkan air dan tutup periuk. Apabila keluar minyak, kacau rata.

  3. Masukkan asam jus, serai, gula dan garam dan kacau.

  4. Akhir sekali, masukkan udang dan petai, tutup periuk. Bila sudah berminyak dan pekat, bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kerabu Pucuk Paku


Bahan-bahan
600 g (1 ikat) pucuk paku
15 g (1 sudu makan) udang kering, dibersihkan dan toskan
30 g (3 biji) cili merah
1/4 biji kelapa parut, dipanggang untuk kerisik
20 g (2 ulas) bawang merah
10 g (1 biji) asam limau
200 g (1/2 cawan) isi kerang
90 g (1 biji) bawang besar, dimayang halus
20 g (2 sudu makan) pati santan
garam secukup rasa

Untuk Hiasan
90 g (1 biji) bawang besar, dimayang
5 g (1 biji) cili merah, dimayang

Cara memasak

  1. Pucuk paku dibersihkan dan dicelur se-hingga masak.

  2. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk lumat bersama kerisik. Setelah ini, gaulkan dengan pucuk paku yang telah dicelur tadi.

  3. Perahkan asam limau, tambahkan garam serta masukkan kerang secukupnya.

  4. Kemudian tuangkan pati santan ke atasnya sambil digaul rata kesemuanya.

  5. Akhir sekali, taburkan bawang besar dan cili yang telah dimayang.

Kari Dal dan Sayuran (India Selatan)


Bahan-bahan
120 g (1 cawan) dal, dibersih dan rendam 1 jam
120 g (2 biji) ubi kentang, dipotong 5 kiub
10 g (2 sudu makan) biji sawi hitam
20 g (1 sudu makan) halba
5 g (4 biji) cili kering, dibelah dua
20 g (2 sudu makan) serbuk cili
25 g (3) bawang merah, dicincang halus
20 g (2 sm) halia, digiling
100 g (1) terung bulat, dipotong 5 kiub
160 g (1/2 saiz sederhana) labu manis, dipotong kiub
120 g (1 saiz sederhana) lobak merah, dipotong kiub besar
30 g (2 biji) cili hijau, dibelah dua bahan (A)
140 g (2 biji) tomato, dipotong empat
10 g (1 sudu makan) serbuk kunyit
2 g (1/4 sudu teh) asafoetida (perungayam)
50 g (10 ulas) bawang putih, digiling
5 g (2 helai) daun kari
30 g (3 sudu makan) jus asam jawa, dari 1/4 cawan air
30 g (3 sudu makan) minyak sayuran


1000 ml (4 cawan) air

Cara memasak

  1. Rebus dal bersama 3 cawan air sehingga hampir empuk.

  2. Masukkan ubi kentang dan masak hingga empuk. Masukkan bahan (A) dan renih sehingga sayur-sayuran masak. Tambahkan 1 cawan air, jika perlu. Masukkan jus asam jawa. Apabila kari agak pekat, angkat dan tutupkan periuk.

  3. Panaskan minyak di dalam pan yang tidak melekat dan tumis biji sawi hitam, halba dan daun kari. Masukkan halia, bawang merah, cili kering dan kacau hingga perang. Kecilkan api dan masukkan serbuk cili. Jaga supaya serbuk cili tidak hangus.

  4. Masukkan bahan goreng ke dalam kari dan gaulkan. Hidangkan bersama nasi atau thosai atau iddli.

  5. Berat satu hidangan: 250 g

Kari Ikan (Bengal)


Bahan-bahan
500 g bawal hitam/tenggiri, potong 5 keping
50 g (10 ulas) bawang putih
50 g (5 sm) halia dikisar
100 g (10 ulas) bawang merah

60 g (4 biji) cili hijau, dipotong dua
220 g (2 biji) tomato masak, dipotong empat
10 g (4 sudu makan) asam jawa, dicampur dengan 1/2 cawan air untuk menjadi pes pekat
1000 ml (4 cawan) air
30 g (3 sudu makan) minyak sayuran
10 g (1 biji) limau nipis, ambil jus
garam secukup rasa

Rempah pes
30 g (3 sudu makan) serbuk jintan manis
20 g (2 sudu makan) serbuk ketumbar dicampur
10 g (2 sudu makan) serbuk kunyit
125 ml air

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dalam pan yang tidak melekat.

  2. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.

  3. Masukkan rempah pes dan kacau hingga wangi.

  4. Masukkan air, asam jawa dan garam. Biar didih selama 3 minit.

  5. Masukkan ikan dan masak sehingga empuk dan kuahnya pekat. Masukkan tomato, cili hijau dan masak selama 5 minit lagi. Akhir sekali masukkan jus limau. Kacau rata.

  6. Hidangkan panas dengan chappati atau nasi.

Ayam Kung-po (Cara Szechuan)

Bahan-bahan
300 g dada ayam, tanpa kulit
8 g cili kering, dipotong menyerong dengan panjang 2 sm
25 g (5 sudu teh) minyak sayuran
30 g kacang gajus, dibakar tanpa minyak
100 g sengkuang cina segar (dalam tin), dipotong dadu
daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan

Bahan-bahan (A)
10 g (2 sudu teh) kicap cair
40 ml (2 sudu makan) air
10 g (2 sudu teh) tepung jagung

Bahan-bahan (B)
10 g (2 sudu teh) kicap cair
10 g (2 sudu teh) gula
2.5 g (1/2 sudu teh) minyak bijan
5 g (1 sudu teh) sos Lea & Perrin
40 ml (2 sudu makan) air
5 g (1 sudu teh) tepung jagung

Cara memasak

  1. Gunakan bahagian tumpul pisau pembelah, tumbuk ayam dengan ringan dan hiriskan.

  2. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan (A) dan perap selama 20 minit.

  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, tumis cili kering dengan kepanasan sederhana selama 30 saat. Masukkan ayam dan sengkuang cina dan tumis sehingga ianya bertukar warna.

  4. Masukkan bahan-bahan (B) dan tumis sehingga semua bahan-bahan sebati dan kuahnya pekat mengikut kesukaan.

  5. Akhir sekali, masukkan kacang gajus, hias dengan daun bawang dan daun ketumbar. Hidang dengan nasi.

NASI MINYAK

Bahan
1 kg beras bathmati
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ]-dihiris
3 cm halia ]
2 helai daun pandan..koyak & simpulkan
3 tangkai daun kari
5 gm kulit kayu manis
3 gm bunga lawang
3 gm cengkih
3 gm pelaga
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato..cincang kecil
1 liter air
2 s/b minyak sapi
bawang goreng
kismis
bawang-dihiris halus

Cara Membuat
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker.
2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan susu, daun kari, daun pandan dan air secukupnya.
4. Masukkan beras & tomato dan biarkan sehingga kering dan masak.
5. Untuk menghidang, hiaskan dengan bawang goreng, kismis dan daun bawang.

DALCA

Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..
dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minya
Garam secukup rasa

Cara:
1. Potong daging 2.5 cm x 2.5 cm dan bersihkan.
2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan

AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos
kacang peas
bawang besar..potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

NASI ARAB

Bahan
6 cawan beras basmati
6 cawan air
4 s/b minyak sapi
4 s/ minyak jagung
garam - secukup rasa

bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntuk bunga cengkih
2 ulas buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis.
2. Masukkan 3 cawan beras dan kacau sehingga rata dan garing i & perang.
3. Masukan baki beras dan gaulkan dengan beras yang telah digoreng.
4. Masukkan garam dan air perlahan-lahan agar beras yang digoreng tidak terapung tutup periuk.
5. Masukkan dlam rice cooker dan biarkan sehingga masak saperti nasi biasa.

NASI AYAM DIET

Bahan:
1 ekor ayam [potong 2]
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
4 tin susu beras AAA
2 helai daun pandan[disimpulkan]
Carrot[potong dadu]

sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b Apple Cider Venigar atau jus limau
gula & garam secukupnya

Cara
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit.
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya. 7. Sayur dipotong mengikut suka.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

NASI CARROT aka NASI LOBAK MERAH

Bahan
6 caw beras bathmati.... basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1 Caw susu cair
8 caw air
2 kiub ayam knorr
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus
2 cm halia ]
2 s/b rempah beriani
2 biji buah tomato.....potong dadu
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis ]
2 kuntum bungka lawang ]
5 biji bunga cengkih ] bahan tumis
3 biji buah pelaga ]
1 tangkai daun ketumbar.... .mayang
daun pandan...... ..simpulkan
garam
gula

Cara...
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan bersama Ayam Masak Merah, Kari Daging dan Acar Timun.

NASI MINYAK WARNA WARNI

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]

Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.

NASI BERIANI SAYUR

Bahan-Bahannya:
4 cawan beras basmati [basuh dan toskan]
1/2 cawan susu cair
1 tongkol jagung [ambil isi saja]
4 cawan air
1 batang lobak merah [diparut]
1/2 cawan kacang peas
1 cawan lada benggala merah dan kuning [dipotong dadu]
1/2 cawan kismis

Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bawang besar [mayang halus]
3 ulas bawang putih[cincangkan]
2 cm halia [mayang halus]
1 s/b rempah kurma [bacuhkan sikit ngan air]
1 helai daun pandan
3 s/b minyak
3 s/b minyak sapi

untuk hiasan :
Hirisan telur dadar
bawang goreng
daun bawang [mayangkan]

Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk rice cooker.
2. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air, garam dan susu cair.
4. Bila mendidih, masukkan beras dan semua bahan sayuran.
5. Alihkan peiruk kedalam periuk nasi dan masak saperti biasa.
6. Bila dah nampak kering gemburkan sekali dan tekan suiz semula. Biarkan kering lagi.
7. Hidangankan dalam pinggan hidang besar yg leper dan taburkan bahan hiasan.
8. Makan dengan ayam masak merah atau gulai kerutub daging dan juga daun salad.

NASI KERABU/ULAM [Versi Utara]

Bahan-Bahan:
600 gm nasi yang telah disejukkan
1 keping ikan talang
1 s/b udang kering [gorengkan tanpa minyak]
40gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
1 tangkai daun selom
1 tangkai daun kesum
1 helai daun kunyit
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
1 batang serai
1 sudu besar kerisik [ditumbuk halus]
1 sudu teh serbuk lada

Cara:
1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
2. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering.
3. Mayang bawang merah halus-halus.
4. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan.
5. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang.
6. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin bolehlah taburkan garam.

Tambahan:
> Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak
> lebih sedap.
> Boleh juga sebagai tambaha sediakan asam rebus
> keladi.

NASI KERABU

Bahan-bahan:
Nasi putih/nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam...

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.

Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

NASI TOMATO

Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
> 1/2 cawan sos tomato
2s/b majerin /minyak sapi
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan merjerin hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..

2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.

3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.

4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

NASI LEMAK KUKUS

bahan2
1 kg beras AAA [basuh n toskan]
1 liter santan [5 cawan santan]
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
3 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah [mayangkan]
garam secukupnya
sedikit gula jika suka

Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Pindahkan nasi kedalam kukusan berlubang dan kukuskan sehingga naik wap [30 minit]
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan
250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala]
1 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus sket belacan ]
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.

"Gulam Mee" at Kota Damansara

a'skum..heloo..yesterday i just find new place "Gulam Mee" at kota Damansara..actually this place suggested by my friend. so smlm after work pegi lepak kat sane nk test food2 dia..environment best open air..cool place nice concept..food variety, not bad..price reasonable juge.. i'm sure ramai da tau tempat nie..for those yg xpenah cuba..u guys should try..peace adios~